Selasa, 10 Januari 2012

Resah Kehidupan


kesunyian malam ..hanya kedengaran bunyi²an
burung layang²..
 tubuhku ditiup angin yang dingin
lalu ku terdampar seorang diri
dibalik bangunan pekan yG suram..
mengenang masa hadapan yG mendatang
apa yG akan terjadi pada diri aku ..?
kematian pasti akan menghiasi ..
tapi adakah aku sudah bersedia untuk semua itu ..?
tidak dapat aku membayangkan kerana begitu 
banyak perkara yG membelenggu
fikiranku.. ianya masih terbelit rapi
dan sukar untuk ku leraikan..

berbagai² persoalan yG tidak henti melanda difikiran ku..
aku hanya la seorang insan biasa yG 
mencari erti kehidupan walau ianya belum pasti tiba..
pelbagai dugaan dan cabaran yG telah
aku lalui hanya berbekalkan kesabaran..
jika tidak pasti pincang hidupku..
hmmm..namun itulah seri kehidupan dan pengalaman 
yG tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..

...seluruh hidupku diselubungi kegelapan..
cinta yG terjalin hanya sementara..
manisnya madu berganti pahit peria  
yG terpaksa aku telan..,
kau ibarat
lalang yG ditiup angin petang..
 ku angap semua itu hanya 
lumrah insan dan kehidupan..

 ianya hanyalah seketika..
kini diterangi dengan
kehadiran seorang gadis
..yG mengukir senyuman dan menghiasi hidupku,. 
 aku dan dia akan bersatu 
dalam kehidupan yG bahagia..
namun semua itu hanya angan² yG aku pendamkan..
 waktu yG akan menjawab..
aku terima segala takdir dari yG esa...
      

Tiada ulasan: